#3-MSD-Fakta Osteoarthritis (OA)

Osteoarthritis

Pengenalan Osteoarthritis:

  • Osteoarthritis adalah penyakit sendi yang diakibatkan oleh menurunnya fungsi sendi.

  • Merupakan bentuk arthritis yang paling sering terjadi.

Punca Osteoarthritis:

  • Menipisnya kusyen pada sendi menyebabkan rasa sakit, kaku, dan bengkak.

  • Mempengaruhi seluruh sendi dan jaringan di sekitarnya (otot, tendon, kapsul sendi, tulang rawan).

Tahap Akhir Osteoarthritis:

  • Tulang rawan terhakis, menyebabkan geseran tulang dengan tulang.

  • Rasa sengal ketika beban diberikan pada sendi (berjalan, berdiri, menaiki tangga).

  • Keadaan sengal dan bengkak sering berulang.

  • Sendi boleh menjadi bengkok.

  • Biasanya berlaku pada lutut, pinggul, tulang belakang, dan tangan.

Gejala Osteoarthritis (OA):

  • Sengal di sekitar sendi setelah penggunaan lama atau berat.

  • Rasa sengal meningkat dengan penggunaan berterusan, berkurang selepas rehat.

  • Kekakuan ringan selepas sendi rehat ("gelling").

  • Panas dan pembengkakan pada sendi.

  • Sengal dan kekakuan lebih teruk dengan perubahan cuaca.

  • Sendi yang terkena boleh terlihat bengkok jika tidak dirawat.

Pencegahan Osteoarthritis:

  • Menjaga berat badan ideal.

  • Bersukan secara sederhana.

  • Makan makanan sihat.

  • Pencegahan cedera pada sendi.

Penyebab dan Faktor Risiko Osteoarthritis:

  • Peningkatan berat badan dan usia.

  • Terlebih berat badan dan obesiti.

  • Otot yang melemah di sekitar sendi.

  • Kecederaan lama pada sendi.

  • Penggunaan berlebih secara manual.

  • Tekanan tidak normal pada sendi (bentuk pinggul dan lutut tidak normal, fraktur atau cedera sebelumnya).



Rujukan:
alodoktor.com, halodoc.com, doktorsehat.com


Comments

Popular posts from this blog

LAMAN UTAMA

#72-MSD-Kandungan Mineral Dalam Air Nira

#87-MSD-"DOMS"

#77-MSD-Selalu Kejang Semasa Tidur (Soalan Pembaca)

#65-MSD-Kenapa Perlu Buat Latihan Fizikal Selepas Pembedahan?

#75-MSD- Minuman Kafien dan Makanan Pedas Perlu Dielakkan Sebelum Aktiviti Berat

#2-MSD-Apakah MSD?

#33-MSD-Bahaya Penggunaan Ubat Jangka Panjang

#9-MSD-Bunyi Meletup Pada Lutut